Ada Apa Dengan Ikhwanul Muslimin 5



Hasan al-Banna mempertahankan kesufiannya sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Abul Hasan an-Nadwi di dalam kitabnya Tafsir as-Siasi Lil Islam:

"Malah (Hasan al-Banna masih dalam kesufian) sehinggalah keakhir hayatnya"
(Lihat: Hakikatu ad-Dakwah Ilallahi Ta'ala. Hlm. 86, Saied bin Abdulrahman al-Husin.)

Ketahuilah bahawa matlamat dan tujuan Hasan al-Banna mendirikan pertubuhan Ikhwanul Muslimin semata-mata untuk merealisasikan tariqat kesufian sebagaimana ikrar beliau:
"Dakwah salafiyah, jalan sunnah dan hakikat (kenyataannya) adalah sufiyah".
(Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah. Hlm. 10. Hasan al-Banna.)

Beliau telah membuat pengakuan:
"Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin adalah dakwah Salafiyah, mengikut sunnah (tetapi) hakikatnya sufiyah dengan berdasarkan gaya politik".
(Lihat: Majmu'ah ar-Rasail al-Imam al-Banna, hlm. 122. Lihat: Nadarat fil Manhaj Ikhwanul Muslimin hlm. 27.)
------------

Keyakinan kuburiyah Tilmisani bertentangan dengan akidah para ulama Salaf as-Soleh. Beliau seterusnya melahirkan pendirian dan mempertahankan keyakinannya:
"Saya lebih cenderung mengambil pendapat pihak yang meyakini bahawa Rasulullah boleh mengampunkan dosa, sama ada semasa baginda hidup atau setelah wafat bagi sesiapa yang mendatangi kubur baginda". (Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 225-226 Umar at-Tilmisani.)

Tilmisani menjelaskan di dalam bukunya "Zikriyat La Muzakkarat":
"Seseorang di hadapan Hasan al-Banna semestinya seperti mayat di hadapan orang yang memandikannya".

Ini adalah termasuk syiar sufiyah yang menegaskan (Mendengar dengan pendengaran Hasan al-Banna dan melihat dengan penglihatan Hasan al-Banna). Yang bererti:
"Mesti taat dan tidak boleh menderhaka".
(Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin.)
---------------


"Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah al-Jamaah".
(H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam "az-Zawaid. Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam kitab "Talkhis al-Ihya".)

Penampilan dan sifat al-Jamaah yang Rasulullah jelaskan ialah:
"(Iaitu orang-orang yang seperti) apa yang aku di atasnya pada hari ini dan para sahabatku".
(Lihat: Tuhfatul Ahwazi 7/399-340.)


Maka al-Jamaah ialah sesiapa yang akidahnya, ibadahnya dan akhlaknya menepati sebagaimana manhaj (jalan) yang baginda telah tetapkan.
--------


Nasihat ikhlas dari penulis:

"Kembalilah kepangkuan Manhaj Salaf as-Soleh kerana manhaj ini dapat menyatu-padukan ummah. Ia adalah manhaj yang telah dititi oleh para sahabat, tabi'in, tabi'ut at-tabi'in serta orang-orang soleh yang menjejaki mereka dengan selamat. Tinggalkanlah semua bentuk bid'ah dan teori-teori yang membawa kepada perpecahan ummah yang sesat dan menyesatkan".

Comments