Ada Apa Dengan Ikhwanul Muslimin 4
Setelah terbongkarnya tembelang dan hakikat sebenar pergerakan pertubuhan ini, pasti tidak salah jika dipanggil dan diberi gelaran Ikhwanul Muflisin lantaran mereka kekeringan dari berbagai-bagai ilmu syariat terutamanya akidah tauhid. Istilah ini dipinjam dari gelaran yang diberikan oleh seorang ulama dari Yaman Syeikh Mukbil rahimahullah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau: "Mereka adalah Ikhwanul Muflisin bukan Ikhwanul Muslimin". Memang ada yang mengatakan bahawa suara sebegini datangnya dari orang yang tidak memiliki adab terhadap ulama. Apakah yang dikatakan ulama itu kerana kuat fiqahnya atau kerana menjadi ikutan umat akidahnya? Atau kerana kebenaran dakwahnya? Malangnya setelah kematian Hasan al-Banna hampir semua perbuatan bid'ah yang pernah beliau ceburi telah diteruskan oleh tokoh-tokoh dalam jamaah dan pentaqlid buta yang ghulu kepadanya. Hakikat ini telah digambarkan dan diakui oleh Abdurrahman al-Banna: "Apabila menjelang anak bulan Rabi...

Comments
Post a Comment